Apabila orang yang diamanahkan oleh ahli bagi menerajui sebuah persatuan sudah rebut kuasa, maka ahli-ahli mula dalam dilema.
Pak Mail yang dulu bertindak sebagai presiden SWAM dikatakan telah menyalah guna kuasa dan berlaku penyelewengan dalam kewangan persatuan. Maka di atas tidak puas hati ahli-ahli, lalu dibuat EMG atau mesyuarat tergempar di PWTC.
Namun Pak Mail tak muncul untuk mempertahankan kebenarannya. Lalu satu undian dilakukan dan Jamil Mutalib dipilih sebagai pemangku presiden kerana jawatan yang disandang oleh Pak Mail telah digantung sehingga 2013.
Tetapi alih-alih Pak Mail heboh kat dalam media bahawa dia masih lagi presiden SWAM dan satu EGM telah dilakukan di FINAS pada hari minggu lalu.
Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya presiden SWAM? Dengar khabar kes ini akan dibawa ke mahkamah.
Thursday, October 13, 2011
Monday, June 13, 2011
Karyawan Cari Dana Rawatan Jantung
Sedih...bila dengar karyawan terpaksa format manuskrip novel berusia 20 tahttp://www.blogger.com/img/blank.gifhun ke pdf untuk dijual sebagai e-novel bagi menampung kos rawatan jantung.
Itulah yang terpaksa dilakukan oleh abang Ruslie Sophian, rakan karyawan yang saya anggap sebagai guru. Memang dia tidak kedekut ilmu. Se awal saya jadi penulis skrip drama TV, dia banyak membantu. Mana yang salah dia tegur. Hingga dia sanggup habiskan masanya untuk repair skrip saya. Terima kasih, abang Ruslie.
Tapi sekarang dia sedang bertarung untuk pulih kesihatannya. Bagi membiayainya pula dia juga bertarung dengan harapan e-novel bertajuk 'Bara Esplanade' mendapat sambutan ramai.
Seru kepada seluruh rakyat Malaysia dan rakan karyawan khasnya, marilah kita sama2 bantu usaha murni beliau itu.
Monday, February 21, 2011
Masih Berkarya
Maaf kawan-kawan kerana dah agak lama tak masuk ke blog ini. Bukannya sibuk apa, cuma masa tak mengizinkan kerana asyik tumpukan pada berkarya. Berkarya tetap berkarya meskipun hasil itu belum ditentukan.
Pada bulan lepas ada juga buat presentation 4 proposal drama telemovie di RTM untuk Cinematic Production. Bila berpeluang buat presentation atas sebuah syarikat besar yang dimiliki oleh abang Hasfsyam, macam-macam perasaan muncul. Gembira ada, takut tu memang terasa benar. Maklumlah entahkan jalan cerita yang kita buat diterima atau oleh abang Hafsyam.
Sementara menunggu keputusan daripada pihak RTM, buat masa ini saya terus berkarya dengan beberapa tajuk baru. Nanti saya akan ceritakan kat blog ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)