Maaf kawan-kawan kerana dah agak lama tak masuk ke blog ini. Bukannya sibuk apa, cuma masa tak mengizinkan kerana asyik tumpukan pada berkarya. Berkarya tetap berkarya meskipun hasil itu belum ditentukan.
Pada bulan lepas ada juga buat presentation 4 proposal drama telemovie di RTM untuk Cinematic Production. Bila berpeluang buat presentation atas sebuah syarikat besar yang dimiliki oleh abang Hasfsyam, macam-macam perasaan muncul. Gembira ada, takut tu memang terasa benar. Maklumlah entahkan jalan cerita yang kita buat diterima atau oleh abang Hafsyam.
Sementara menunggu keputusan daripada pihak RTM, buat masa ini saya terus berkarya dengan beberapa tajuk baru. Nanti saya akan ceritakan kat blog ini.