Thursday, October 13, 2011

Rebut Kuasa

Apabila orang yang diamanahkan oleh ahli bagi menerajui sebuah persatuan sudah rebut kuasa, maka ahli-ahli mula dalam dilema.

Pak Mail yang dulu bertindak sebagai presiden SWAM dikatakan telah menyalah guna kuasa dan berlaku penyelewengan dalam kewangan persatuan. Maka di atas tidak puas hati ahli-ahli, lalu dibuat EMG atau mesyuarat tergempar di PWTC.

Namun Pak Mail tak muncul untuk mempertahankan kebenarannya. Lalu satu undian dilakukan dan Jamil Mutalib dipilih sebagai pemangku presiden kerana jawatan yang disandang oleh Pak Mail telah digantung sehingga 2013.

Tetapi alih-alih Pak Mail heboh kat dalam media bahawa dia masih lagi presiden SWAM dan satu EGM telah dilakukan di FINAS pada hari minggu lalu.

Persoalannya sekarang, siapa sebenarnya presiden SWAM? Dengar khabar kes ini akan dibawa ke mahkamah.