Monday, July 19, 2010

Anak Mak Andam Tanjung



Drama komedy ini mengisahkan Jaafar, 50an, anak tunggal Mak andam Tanjung, masih bujang, antisosial, tiada keyakinan diri, tiada impian hidup dan bergantung harap pada ibunya. Diatas didikan ibunya, Jaafar mahir memasak dan menjahit berbanding andaman dan pengurusan perniagaan yang sangat dibenci kerana akan terlibat dengan orang ramai.

Ketika berusia 17 tahun, beliau dibogelkan oleh rakan-rakan seasrama dan situasi itu diterlihat seorang pelajar perempaun yang diminati oleh Jaafar dalam diam, membuatkan Jaafar berasa amat malu lalu menamatkan zaman persekolahannya dan semenjak itu Jaafar berfikiran negative dan takut keluar rumah serta memutuskan hubungan dengan dunia luar sehingga kini.

Kisah bermula apabila kematian ibunya secara mengejut yang diibaratkan sebagai kapal hilang nakhoda. Jaafar mengabaikan semua tempahan jahitan dan membatalkan semua tempahan masakan, akibatnya, Mak Ucu Bedah yang bertindak sebagai orang tengah diatas perniagaan arwah ibu Jaafar selama ini dimarahi pelanggan dan secara tidak langsung, nama baik Mak andam Tanjung tercemar.

Mak Ucu Bedah, awal 60an, belum berkahwin, adik arwah ibu Jaafar, kerana ingin mudah dan cepat merubah kehidupan masa lalunya yang miskin, beliau menjadi meterialistik, berani melakukan pembohongan kerana beranggapan jika tidak begitu sampai bila-bila pun hidupnya tidak berubah maka itu mengambil kesempatan mengaut keuntungan menipu ibu Jaafar yang bersikap tidak kisah.

Mak Ucu Bedah yang agak marah dengan apa yang berlaku mengambil kesempatan keatas Jaafar, dengan mendakwa pihak pelanggan menuntut kos ganti rugi berlipat kali ganda. Jaafar yang takut seandainya beliau akan diambil tindakan kerana digertak begitu menjelaskan seperti apa yang dituntut sehingga wang simpanan arwah ibu Jaafar hampir habis. Diatas semangat dan dorongan jiran juga rakan arwah ibunya, Jaafar mencari kekuatan menyudahkan beberapa tempahan jahitan rakan-rakan terdekat arwah ibunya untuk menampung kehidupan.

Mak Ucu Bedah terus mengambil kesempatan keatas Jaafar dengan mendakwa arwah ibunya pernah berjanji untuk mengandamkan seorang pelanggan yang kononnya wang perkhidmatan telah pun diberikan pada arwah ibunya. Jaafar yang sememangnya tidak tahu mengandam turut memberi pelbagai alasan selain fobia kerana hampir 35 tahun tidak keluar rumah. Mak Ucu Bedah terus mengertak Jaafar dan menuntut ganti rugi yang kononya bagi pihak pelanggan. Kerana tiada lagi wang simpanan Jaafar akhirnya terpaksa mengikut kehendak ibu saudaranya itu.

Hasilnya, Jaafar yang diminta menyolekkan pengantin perempuan dengan konsep 60an telah menyolekkannya bagai badut dan akibatnya Jaafar dikerjakan sehingga dirinya kusut masai dengan pakaian koyak rabak. Jaafar keluar dari rumah tersebut dengan penuh rasa terhina kerana dituduh penipu dan ditertawakan sedangkan Mak Ucu Bedah lesap entah kemana.

Ditempat elit yang sangat asing baginya itu, Jaafar hanya bergerak selang tiga empat rumah dari rumah tersebut kerana takut untuk kemana-mana kerana khuatir akan semakin sesat dan berharap Ucu Bedah mengambilnya disitu malangnya Jaafar dihalau oleh tuan rumah terbabit dan menganggap Jaafar sedang membuat pemantauan untuk mencuri, pengemis dan gila lalu membuat lapuran polis. Jaafar cuba melarikan diri apabila polis tiba membuat pantauan namun Jaafar ditangkap dan dibawa kebalai untuk disoal siasat. Keesokan harinya Jaafar dihantar pulang berdasarkan satu laporan kehilangan Jaafar oleh jiran-jirannya.

Jaafar bertambah fobia dengan apa yang berlaku dan menganggap telah dibogelkan buat kali kedua dan merasakan seolah-olah seluruh dunia mentertawakannya ketika itu. Timbul rasa benci yang teramat sangat terhadap ibu saudaranya yang tidak bertanggungjawab. Namun rasa benci itu segera hilang apabila Mak Ucu Bedah mendakwa yang beliau turut dikerjakan lalu meminta Jaafar melaksanakan suatu tempahan makanan dan akhirnya Jaafar bersetuju dengan syarat tidak perlu pergi kelokasi dan seperti biasa, Jaafar akur dengan upah yang tidak berbaloi kerana diperdaya Ucu Bedah membuatkan Jaafar tawar hati untuk berniaga.

Jaafar bermimpikan ibunya, memintanya meneruskan perniagaan, untuk memulihkan nama baiknya yang tercemar berserta sebaris ayat yang berbunyi “ yang baik itu belum tentu benar ” membuat Jaafar berfikir untuk mencari jawapannya.

Diatas suatu rancangan jiran-jiran, Jaafar dipertemukan dengan Ros, gadis yang pernah terlihat Jaafar dibogelkan ketika dizaman persekolahan dahulu.
Jaafar kurang selesa diawal pertemuan kerana malu mengenangkan kisah silamnya. Kebaikkan Ros, membuatkan Jaafar teringatkan mimpinya, masaalah perniagaan butik Ros, membuatkan Jaafar beranggapan Ros ingin mengambil kesempatan keatas dirinya, hati Jaafar berbelah bagi antara mimpi dan reality tentang gadis yang pernah dipujanya dalam diam itu lalu mengambil sikap berwaspada.

Lama-kelamaan, sangkaan itu meleset, Jaafar semakin tertarik dengan sikap periang Ros. Hubungan mereka bertambah akrab dan saling faham memahami. Jaafar simpati dengan nasib Ros, yang telah bercerai namun masih diperas ugut oleh bekas suaminya, Jaafar kagum dengan kecekalan Ros memelihara anaknya yang cacat dan meneruskan perniagaan butiknya yang terumbang ambing. Timbul persoalan dalam diri, jika Ros seorang perempaun cekal menghadapi segala dugaan yang maha berat itu, mengapa tidak dia dan yang lebih memeranjatkan, Ros secara terang menegaskan yang dia jatuh hati pada Jaafar semenjak zaman persekolahan lagi dan yang lebih menyentuh perasaan, Ros dibuang sekolah kerana memukul lima pelajar lelaki sehingga pengsan demi membela Jaafar menyebabkan sehingga Ros bertekat tidak mahu memukul lagi dan tidak bertindak balas keatas bekas suaminya yang sering memukulnya kini.

Jaafar terharu dengan pengorbanan Ros terhadapnya dan merasakan dirinya bersalah, lari dari masaalah itu dengan membuat keputusan bodoh mensia-siakan dirinya yang hampir 35 tahun memerap dirumah namun bersyukur dengan apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai takdir dan kini setelah mendapat semangat dan dorongan Ros, Jaafar lebih yakin dengan dirinya, berketerampilan menarik dan mula keluar rumah dan mereka bersepakat bergabung perniagaan atas nama “ Anak Mak andam Tanjung ” Dari kaca mata jiran-jiran, mereka adalah pasangan secocok.

Mak Ucu Bedah kurang senang dengan perubahan sikap Jaafar kerana tidak peluang mengunakan Jaafar lalu terus berpura-pura baik pada Jaafar dan memburuk-burukkan Ros yang bertujuan untuk memutuskan hubungan Jaafar dengan Ros.

Ini disedari oleh Jaafar dan Ros. Jaafar kini dapat membezakan antara kaca dan intan dan faham maksud mimpinya. Jaafar dan Ros mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi mereka harus menyelesaikan masaalah Ros dengan bekas suaminya juga memberi sedikit pengajaran pada Mak Ucu Bedah. Mereka mengatur rancangan memperkenalkan Mak Ucu Bedah dengan Bahar, bekas suami Ros yang dianggap sebagai pasangan secocok dan kena buku dengan ruas dan biarlah antara mereka terhukum oleh karma. Setelah perkenalan terjalin, satu rancangan diatur untuk mengahwinkan mereka berdua.

Ros dan Jaafar berkahwin dan cerita yang didengar, Ucu Bedah dan Bahar saling saman menyaman dimahkamah kerana saling pukul memukul.

SELESAI

P/S: Skrip drama ini saya telah siapkan sepenuhnya. Ada sesiapa berhajat sila hubungi hubungi saya. Terima kasih.

2 comments:

  1. Bagus ya ceritanya. Baca sinopsis pun dah rasa macam nak tengok. Good job.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen sdri umihoney. Citer ni dah bagi pada 3 org pengarah, tapi hingga sekarang masih diam aje.

    ReplyDelete